Monday, 25 January 2016

Formula Malaysia - "Antara Kebijaksanaan Pemimpin dan Kesetiaan Rakyat"

Title: Formula Malaysia - "Antara Kebijaksanaan Pemimpin dan Kesetiaan Rakyat"
Writer: Tajuddin Mohd Saman
Details: Sent to Ms. Ila at 1st floor MIDF Jalan Tun Razak, 1530 afternoon on 23 Nov 1999

Part 1
Part 2


Maintenance:

1. Mohd Tan'im Tajuddin
2. Haryati Tajuddin

Tuesday, 23 September 2014

Tajuddin Saman Details


Click on the titles below to access the details:

Curriculum Vitae of Tajuddin Muhammad Saman
Published Literature

Post-Stroke Pictures

In the picture: Mr. Mahfar Ali, Mr. Rizal Hashim, Mrs. Zubaidah Abdul Rahman
Pic source: Mr. Rizal Hashim
Document Compiler: Walter S. Verethregna (Muhammad Tan'im)

Wednesday, 3 September 2014

Open Up the Door


video

One of my dad's favorite movies. He loves the famous Malayan actor, P. Ramlee just like others. Credits due to Shaw Film Productions for the audio-visual. The music video is from the movie the Fate of Two Idiots (1963). If you're studying Malaysian Malay language, make sure to check these evergreen movies. They're effective for you to study various levels and registers of the language.

Walter S. Verethregna

Friday, 11 July 2014

Rawan Sekeping Hati

Hari ini aku melihat
Orang kita berbusa mutiara
Hidup jauh dari hanyir lumpur

Pucuk kita kian mengawan 
Akar diri semakin jauh ditinggalkan
Maka kembara ini bagai rampai
Yang hilang wanginya.

Hari ini air mata menitis
Menyaksikan tunjang kita bergoyang
Dan warisan kita sendiri
Bangga membacakan talqinnya
Pada 'jenazah' yang masih hidup...

Siapa peduli lagi 
Suara keramat pernah menjadi azimat
Biarlah ia tersungkur dan mati
Layaknya diawet pada muzium citra cuma.

Jika ia ditakdirkan mati
Bukan Tuhan yang tidak simpati
Tapi kita lah yang terlalu rapuh
Kerana kita 
Adalah bangsa yang mudah lupa...

TAJUDDIN SAMAN
Putrajaya
1. 3. 03.

Kakak Ku

Secalit padi yang ditabur
tuaian yang kini diusung pulang
akan dicatit di saluran kepala
kakak ku yang berjasa.

Ada tenaga tetapi dibalut malam
sepalit penderitaan kakak
aku dewasa dengan jelaga
telah besar berharapan jua.

Besarku tiada membawa kebesaran
sekadar menjadi pemikir hidup
mencari kehalusan jiwa
merangsang kedamaian tingkah.

Harta yang kau tinggalkan
harapan bapa dan ibu
abadinya mereka
akulah penyambung bangsa.

Aku puas kini kakak 
meski tiada sijil terunggul
aku tak kata "alip" itu tunggul
puisi inilah jatuh bangunku.

Teluk Anson
28. 12. 75
AHMAD TAJUDDIN  

My Beginning as a Journalist

Oleh Tajuddin M. Saman (2007)


Saya boleh dikatakan tidak berpelajaran langsung semasa menjadi seorang pemberita. Saya masuk bekerja dengan "tangan kosong". Bekalan pelajaran saya suatu ketika dulu cuma sijil kegagalan sahaja. Masa awal dulu, banyak gagal daripada berjaya. Dalam pelajaran, saya cuma ada sijil Senior Cambridge (O-Level) yang gagal saja.

Pendidikan

Sekolah Rendah

Saya mengikut seorang anak saudara masuk ke Remove Class di Sekolah Tengku Bendahara di Jalan Changloon, Kodiang. Sepatutnya, ketika itu, saya menduduki peperiksaan ke English Medium School. Bapa saya meninggal ketika itu. Saya baru berusia 10 tahun. Saya mula berbicara dengan hati sendiri. Bapa saya sudah meninggal dunia langsung tidak meninggalkan pesanan. Ke mana saya akan pergi? Mahu tidak mahu, saya terpaksa tinggal dengan abang-abang saya, Hassan dan Hussain. Mereka berdua sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri. Ibu tiri saya, Ku Chik pun terasa sedih melihat keadaan saya. Fasa kehidupan ini menyebabkan saya mula banyak berfikir mengenai kehidupan ini.

Sejak saat itu, kawan-kawan sekampung saya, seorang demi seorang berpindah ke sekolah di merata-rata... Ada yang sudah sampai ke Ipoh bersekolah di sana. Saya terus berada di Kodiang... Hari-hari mengayuh basikal yang dibeli oleh kakak ketiga saya, Aishah. Kakak saya itu kemudian memindahkan saya ke Alor Setar dan saya ditumpangkan di rumah kakak sepupu, Fatimah di Lorong Pahlawan.

Di  Alor Setar, saya bersekolah di St. Michael School. Encik Ayob pernah memuji karangan tulisan saya. Isi karangan yang saya sudah lupa tajuknya itu saya petik dari majalah Mastika (ketika itu bertulisan Jawi). Cikgu Zainalabidin pun turut berkata kepada saya, "Suatu hari nanti awak akan menjadi seorang penulis". Ramai rakan di St. Michael berminat dengan penulisan. Kami selalu berbincang mengenai sajak, cerpen, dan novel. Ketika itu, cerpen Shahnon Ahmad berjudul "Anjing-Anjing" diterbitkan. Saya sering membelek-belek buku di kedai buku di Alor Setar. Pekedai buku bernama Pak Non pun sering ke rumah tumpangan saya di Lorong Pahlawan itu.

Pada awal-awal dulu, seorang sepupu sebelah ibu saya, Muhammad Akhir Zakaria sering menghantar tulisan ke akhbar Utusan Melayu tetapi beliau menggunakan nama saya. Saya tidak simpan tulisan-tulisan tersebut. Lama-lama saya fed-up baca Berita Harian, jadi saya beralih ke Utusan Melayu. Ketika tahun 60-an dulu, majalah berbahasa Melayu seperti Dian dan Mastika agak terkenal.  Umur saya ketika itu baru 11 tahun.

Detik di St. Michael itu merupakan detik permulaan hidup saya sebagai seorang penulis dan pemberita...

Sekolah Tinggi

Saya tinggal di Alor Setar selama tiga tahun. Kakak saya, Aishah, berpindah lagi. Beliau seorang jururawat kerajaan. Beliau menyuruh saya berpindah ke Singapura untuk tinggal bersama keluarga kakak sulung saya, Hawa. Di sana, saya cuma nampak rumah pangsa (flat) saja. Di sana dan di sini flat belaka. Saya mula mengasah bakat diri sendiri di Singapura. Di samping itu, saya turut membaca buku-buku berbahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Saya masih ingat lagi, saya pernah meminjam sebuah buku berjudul "Journalism" di perpustakaan sekolah. Saya membacanya sehingga tamat. Saya kurang memahami perkataan bahasa Inggeris dalam buku tersebut tetapi segala pujian hanya untuk-Nya. Saya boleh memahami teks tersebut dengan baik. Buku tersebut memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang wartawan.

Saya berkenalan dengan ramai orang di Singapura. Saya menyertai Persatuan Penulis Singapura. Ia diterajui oleh En. Hamzah. Saya memperolehi banyak ilmu semasa di Singapura seperti ilmu penulisan. Saya turut menerima anugerah pemidato di Singapura. Hadiah saya ditandatangani sendiri oleh En. Othman Wok. En. Othman Wok merupakan bekas Menteri Kebajikan di Singapura. Pada tahun 1960-an dulu, beliau pernah menjadi wartawan di Utusan Melayu. Beliau popular dengan cerita hantu. Saya turut menerima hadiah di sekolah untuk minggu bahasa Melayu. Ia sebuah buku novel berjudul "Pariah".

Saya bersekolah di Singapura di sekolah Inggeris, Sacred Heart Boys' School. Selepas itu masuk ke Queen's Ways School. Saya menduduki peperiksaan pertama kali di Queen's Ways School, Singapura. Keputusan saya gagal!

Kemudian, saya pulang ke negeri Kedah lalu menduduki peperiksaan sekali lagi. Saya terus gagal! Saya tidak berputus asa cuba menduduki peperiksaan Senior Cambridge (O-Level) dari 1966 sehingga 1970. Pada 1970, ketika bertugas sebagai anggota polis barulah saya berjaya lulus peperiksaan. Saya lulus cukup makan saja, gred tiga. Saya menduduki pula peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan selepas itu. Empat tahun berturut-turut saya gagal peperiksaan. Saya masuk ke sekolah kerajaan untuk menduduki peperiksaan Senior Cambridge.

Kursus Penulisan di Singapura

Di Alor Setar, saya pernah menjadi pemandu teksi, menjaja belacan Tanjung Dawai di pejabat-pejabat di Alor Setar, menjual ikan sehingga ke Kuala Nerang bersama rakan-rakan di nat (pasar).

Sejak pulang ke Kedah pun, saya sering berulang alik ke Singapura. Suatu ketika, saya sempat menyertai sebuah bengkel penulisan di Singapura selama enam bulan. Ia merupakan bengkel anjuran En. Za'aba dari Utusan Melayu. Beliau bersama Yusof Ishak (kemudian Presiden Singapura, 1965-1970) merupakan pengasas bersama Utusan Melayu pada 1946. Kursus tersebut berlangsung selama enam bulan di sebelah malam, jadi saya bekerja sambilan di siang hari menghantar akhbar ke rumah orang di Queensways untuk seorang mamak (India Muslim). Mamak itu pemurah. Beliau beri upah $40 sebulan kepada saya. Saya pun boleh makan apa saja di kedai di situ. Sebagai penghantar akhbar, saya menghadapi pelanggan yang mahu akhbar sampai awal di rumah mereka. Jika lewat, mereka akan menghantarnya semula kepada pembekal. Sijil dari En. Za'aba sangat berharga buat saya. Semasa di Kuala Lumpur, saya pernah bertemu dengannya semula. Malangnya beliau tidak ingat saya. Beliau cuma menyebut berulang kali, "Budak dari Kedah berkursus dengan saya di Singapura".

Semasa berkursus enam bulan di Singapura, saya bertemu dengan ramai kawan dari selatan... Termasuk dari Johor. Antara mereka termasuklah saudara Magier Simen dari Berita Harian di Singapura. Semua pun terus berkawan dengannya sehingga ke akhir hayatnya. Semasa menyertai Berita Harian di Kuala Lumpur (KL) pada 1970-an dulu, saya sudah pun kenal beberapa rakan sekerja dari selatan, seperti Muhammad Noh Atan (semoga dirahmati-Nya) dari Johor.

Pekerjaan

Saya bekerja di Berita Harian kemudiannya. Saya ambil berita dari "stringer" atau pemberita sambilan. Saya bertugas di Johor. Oleh itu, saya kenal stringer seperti Hamid Badol dan  Ayob Naim. Saya menolong mereka sebab kasihan. Mereka bersusah payah mencari berita, tetapi tiba di pejabat pula, berita ditolak.

Kini, sudah tidak ramai stringer lagi seperti tahun 1960-an. Di Kedah dulu, ada juga stringer seperti Halim Bakar. Pada 1960-an, beliau menulis untuk Berita Harian dan Utusan Melayu. Kemudian beliau bertugas menjadi pemberita Utusan Melayu di meja belia. Kemudian menjadi Pengarah Pusat Belia Dusun Tua. Beliau berpencen dan masih berhubung dengan saya sehingga beliau meninggal dunia.

Kakak saya sering menghantar akhbar Warta Negara yang menyiarkan hasil tulisan saya. Beberapa cerpen dari situ pun turut saya muatkan dalam buku saya berjudul "Bingkisan Sutera Biru" (DBP, 2002). Saya mendapat banyak bimbingan penulisan dari Warta Negara. Saya belajar penulisan sepintas lalu dari situ dan boleh memajukan diri saya dalam bidang penulisan.

Pada 1960-an dan 1970-an pun ramai tokoh muncul untuk memberi bimbingan kewartawanan. Saya asyik bertemu dengan "kaki pekena" orang saja. Institut-institut yang mereka buka contohnya seperti Institut Kewartawanan Melayu Raya digunakan untuk memperdaya orang-orang kampung seperti saya. Syukurlah saya melalui semua ini dengan tabah. Cerita ini cuma untuk peringatan saja. Kini ilmu kewartawanan sudah pun diajar di universiti-universiti dan di jabatan sebaran am (mass-communication). Jadi, orang ramai sudah berpeluang untuk belajar dengan baik.

Sebenarnya, dengan kelulusan saya di peringkat awal dulu, saya tidak pernah bermimpi pun akan menjadi seorang wartawan. Saya tidak pernah mempunyai sijil pun sebelum itu, dan selalu gagal peperiksaan.

Sekitar 1990...

Suatu hari, saya menangis teresak-esak di sebelah Aziz Desa. Saya tidak sedar pun ketika itu. Saya cuma menangis selepas diberitahu oleh beliau yang saya terpilih menjadi salah seorang pemenang anugerah Kajai. Saya terasa bahawa dunia ini ibarat lautan dalam. Jika ingin menjadi wartawan, kita pun boleh menjadi wartawan yang berjaya.

Some Old Pictures


With teacher while studying in St. Michael, Mr. Zainal 'Abiddin Alias...


While being a correspondent in Sungai Petani from 1980-1989... Three of my children were born in Sungai Petani in 1983, 1986 and 1988... Moving to Kuala Lumpur and my youngest daughter was born in 1989 there.


From left to right... Tajuddin Saman, Datuk Abd Latif Abu Bakar, Mr. Rahim Abdullah the editor of art section in BH, Datuk Ismail Hussain and Dato' Abdullah Hussain at GAPENA house.


Receiving Kajai Award in 1990... The host of the ceremony was Mr. Aziz Desa...